Pada cuti sekolah yang lepas, anak-anak disini tidak pulang bercuti. Ramai di antara mereka akan menghadapi peperiksaan. Kelemahan anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan amat nyata sekali. Ada diantara mereka,soalan yang mudah pun sukar untuk dijawab. Ini amat membimbangkan kami. Oleh itu, mereka telah dihantar mengikuti kelas-kelas tuisyen yang diadakan di sekolah dan di luar bagi membantu mereka memperbaiki kelemahan mereka itu.
Pada 30 dan 31 April, anak-anak yang menduduki PMR dihantar mengikuti motivasi di maktab Penguruan Ulu Kinta. Manakala anak-anak yang menduduki UPSR pula mengikuti kelas tuisyen mereka seperti biasa dengan guru tuisyen mereka di Rumah Budi Mulia Nurul Huda. Pada 11 dan 12 june pula, pelajar-pelajar PMR mengikuti satu lagi motovasi di Hotel Sri Malaysia. Kali ini mereka telah diajar tentang teknik-teknik menjawab soalan.
Seperti anak-anak lain, mereka juga mengisi masa lapang mereka dengan menonton tv. Masa cuti sekolah ini kami melonggarkan sedikit aktiviti pelajaran mereka.Mereka boleh bermain tetapi mereka mesti mengulangkaji pelajaran juga. Kerja sekolah harus disiapkan terlebih dahulu. Mereka juga telah dibawa beriadah diluar asrama antaranya berjogging dipadang Polo. Musim panas ini, kami membawa mereka mandi manda di Chepor.


0 comments:
Post a Comment