Spiga
Showing posts with label pelajaran. Show all posts
Showing posts with label pelajaran. Show all posts

Perkembangan Pembelajaran Anak-anak Budi Mulia...

Anak-anak disini amat lemah dari segi pelajaran. Lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran sains dan matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Mereka semua amat lemah di dalam menguasai Bahasa Inggeris. Pihak pengurusan sudah membantu sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Kami telah menghantar mereka ke kelas Smart Reader tetapi mereka masih juga belum menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang memuaskan. Apabila menduduki ujian, mereka akan gagal. Ini kerana mereka tidak memahami soalan-soalan yang diberikan dalam bahasa inggeris.

Sekiranya ada cadangan atau kaedah pembelajaran yang berkesan sila kemukakan kepada kami. Pihak kami amat memerlukannya. Kami ada bercadang untuk mengupah guru bahasa inggeris untuk mengajar mereka tetapi bajet kewangan tidak mengizinkn buat masa terdekat ini. Sekiranya ada sesiapa yang ingin membantu dari segi tenaga mahupun kewangan, kami amat mengalu-alukannya.

Aktiviti Pembelajaran Anak-anak Budi Mulia.....

Pada 17.12.08, kami telah mendaftarkan anak-anak kami mengikuti kelas Smart Reader. Ini kerana kami menyedari bahawa anak-anak kami lemah dalam pelajaran. Masalah yang kami sedari ialah pelajar sekolah menengah pun masih belum boleh membaca dengan lancar dan apabila disoal sifir mudah juga tidak dapat menjawab dengan betul. Apatah lagi pelajar sekolah rendah.


Setelah selama sebulan lebih mereka mengikuti kelas Smart Reader, kami dapat melihat perubahan demi perubahan yang positif dalam pelajaran mereka. Kini mereka sudah boleh membaca dan menghafal sifir yang mudah dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Yang lebih mengembirakan kami apabila melihat mereka telah menunjukkan minat untuk belajar. Tidak seperti sebelum ini, untuk menyiapkan kerja rumah juga perlu disuruh terlebih dahulu. Sekarang mereka sudah faham tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan masing-masing bersaing sesama mereka untuk memajukan diri dalam pelajaran.


Disamping itu, ada juga guru-guru yang datang untuk mengajar mereka di rumah pada waktu malam sebanyak 3kali dalam seminggu. Selain itu, kami juga menghantar anak-anak kami yang akan menduduki UPSR dan PMR ke 2 kelas tuisyen yang berasingan. Ini kerana kami mahu memberi mereka persediaan peperiksaan yang mencukupi selain usaha mereka sendiri. Pada waktu pagi, pelajar sekolah petang akan megikuti kelas agama sebelum ke sekolah manakala pelajar sekolah pagi pula akan megikuti kelas mengaji pada sebelah petang. Seperti biasa, setiap malam anak-anak kami akan duduk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran masing-masing dari jam 9 mlm hingga 10.30 mlm.