at
Friday, July 03, 2009
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
Pada cuti sekolah yang lepas, anak-anak disini tidak pulang bercuti. Ramai di antara mereka akan menghadapi peperiksaan. Kelemahan anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan amat nyata sekali. Ada diantara mereka,soalan yang mudah pun sukar untuk dijawab. Ini amat membimbangkan kami. Oleh itu, mereka telah dihantar mengikuti kelas-kelas tuisyen yang diadakan di sekolah dan di luar bagi membantu mereka memperbaiki kelemahan mereka itu.
Pada 30 dan 31 April, anak-anak yang menduduki PMR dihantar mengikuti motivasi di maktab Penguruan Ulu Kinta. Manakala anak-anak yang menduduki UPSR pula mengikuti kelas tuisyen mereka seperti biasa dengan guru tuisyen mereka di Rumah Budi Mulia Nurul Huda. Pada 11 dan 12 june pula, pelajar-pelajar PMR mengikuti satu lagi motovasi di Hotel Sri Malaysia. Kali ini mereka telah diajar tentang teknik-teknik menjawab soalan.
Seperti anak-anak lain, mereka juga mengisi masa lapang mereka dengan menonton tv. Masa cuti sekolah ini kami melonggarkan sedikit aktiviti pelajaran mereka.Mereka boleh bermain tetapi mereka mesti mengulangkaji pelajaran juga. Kerja sekolah harus disiapkan terlebih dahulu. Mereka juga telah dibawa beriadah diluar asrama antaranya berjogging dipadang Polo. Musim panas ini, kami membawa mereka mandi manda di Chepor.
at
Thursday, July 02, 2009
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
Terlebih dahulu, kami warga kerja Budi Mulia Nurul Huda memohon maaf kerana sudah lama tidak memperbaharui blog ini.
Untuk pengetahuan anda semua, pihak kami sekarang hanya mempunyai van lama jenis Nissan Vannette agak kecil serta sudah dimamah usia (sumbangan dari KUB PERNIDA BHD) yang mana tidak mencukupi untuk menampung bilangan anak-anak kami yang seramai 46 orang. Keadaan ini agak menyulitkan pihak kami apabila anak-anak kami ingin keluar ke mana-mana. Kami perlu menyewa bas atau menaiki van yang terpaksa berulang alik sebanyak 2 kali untuk membawa anak-anak kami ke suatu tempat atau majlis.
Oleh sebab itu, pihak kami telah menempah sebuah Bas Sekolah Berhawa Mini Berhawa Dingin 30 tempat duduk dengan harga RM203,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Tiga Ribu Sahaja). Setakat ini, kami telah membuat bayaran Deposit sebanyak RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja).
Pihak Sin Hock Leong Coach Works Sdn Bhd telah memaklumkan melalui surat SHLC-NCS / PKAYM-BS / IP03 / A2009 bertarikh 16 Jun 2009 telah memaklumkan bas yang ditempah telah siap sepenuhnya dan menunggu untuk Pemeriksaan PUSPAKOM dan Pendaftarn di Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) pada bila-bila masa sahaja. Hanya menunggu pembayaran baki terakhir yang perlu dijelaskan.
Dengan itu, pihak Sin Hock Leong Coach Works amat berharap jika pihak kami dapat melangsaikan baki bayaran terakhir sebanyak RM153,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Tiga Ribu sahaja), sebelum pihak mereka menyerahkan bas tersebut untuk Pemeriksaan PUSPAKOM bagi pemeriksaan / kelulusan seterusnya di daftarkan dengan JPJ.
Jika anda semua ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh dihulurkan melalui cek / wang pos atas nama "PERTUBUHAN ANAK YATIM/MISKIN CHEMOR" atau dimasukkan terus ke no akaun 0813000008212 CIMB atau no akaun 508430104146 Maybank.
Dibawah ini, kami sertakan gambar-gambar bas mini yang telah kami tempah.

at
Wednesday, March 11, 2009
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
Anak-anak disini amat lemah dari segi pelajaran. Lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran sains dan matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Mereka semua amat lemah di dalam menguasai Bahasa Inggeris. Pihak pengurusan sudah membantu sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Kami telah menghantar mereka ke kelas Smart Reader tetapi mereka masih juga belum menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang memuaskan. Apabila menduduki ujian, mereka akan gagal. Ini kerana mereka tidak memahami soalan-soalan yang diberikan dalam bahasa inggeris.
Sekiranya ada cadangan atau kaedah pembelajaran yang berkesan sila kemukakan kepada kami. Pihak kami amat memerlukannya. Kami ada bercadang untuk mengupah guru bahasa inggeris untuk mengajar mereka tetapi bajet kewangan tidak mengizinkn buat masa terdekat ini. Sekiranya ada sesiapa yang ingin membantu dari segi tenaga mahupun kewangan, kami amat mengalu-alukannya.
at
Tuesday, February 17, 2009
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
Pada 17.12.08, kami telah mendaftarkan anak-anak kami mengikuti kelas Smart Reader. Ini kerana kami menyedari bahawa anak-anak kami lemah dalam pelajaran. Masalah yang kami sedari ialah pelajar sekolah menengah pun masih belum boleh membaca dengan lancar dan apabila disoal sifir mudah juga tidak dapat menjawab dengan betul. Apatah lagi pelajar sekolah rendah.
Setelah selama sebulan lebih mereka mengikuti kelas Smart Reader, kami dapat melihat perubahan demi perubahan yang positif dalam pelajaran mereka. Kini mereka sudah boleh membaca dan menghafal sifir yang mudah dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Yang lebih mengembirakan kami apabila melihat mereka telah menunjukkan minat untuk belajar. Tidak seperti sebelum ini, untuk menyiapkan kerja rumah juga perlu disuruh terlebih dahulu. Sekarang mereka sudah faham tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan masing-masing bersaing sesama mereka untuk memajukan diri dalam pelajaran.
Disamping itu, ada juga guru-guru yang datang untuk mengajar mereka di rumah pada waktu malam sebanyak 3kali dalam seminggu. Selain itu, kami juga menghantar anak-anak kami yang akan menduduki UPSR dan PMR ke 2 kelas tuisyen yang berasingan. Ini kerana kami mahu memberi mereka persediaan peperiksaan yang mencukupi selain usaha mereka sendiri. Pada waktu pagi, pelajar sekolah petang akan megikuti kelas agama sebelum ke sekolah manakala pelajar sekolah pagi pula akan megikuti kelas mengaji pada sebelah petang. Seperti biasa, setiap malam anak-anak kami akan duduk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran masing-masing dari jam 9 mlm hingga 10.30 mlm.



at
Tuesday, October 21, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
at
Friday, October 17, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
Assalamualaikum W.B.T.
Kami Warga Budi Mulia Nurul Huda dengan berbesar hati ingin menjemput tuan-tuan, puan-puan serta para penyumbang dan pengunjung blog Rumah Budimulia ke Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Bersama Anak-anak Yatim
Tarikh : Ahad, 19hb Oktober 2008 bersamaan 19 Syawal, 1429
Masa : 9.45 Pagi - petang
Tempat : Rumah Budi Mulia Nurul Huda
Alamat : Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak
Telefon : 016-568 2465 & 016-591 5980
Turut mengundang : Seisi keluarga
http://rumah-budimulia.blogspot.com/2008/05/petunjuk-jalan.html
Aturcara Majlis
9.45 Pagi - Anak-anak mengambil tempat
10.00 Pagi - Ketibaan Para Jemputan
10.30 Pagi - Ketibaan Yang Amat Bbhg Datin Seri Hajjah Fatimah Taat
(Isteri MB Perak)
10.40 Pagi - Bacaan Doa
- Ucapan YBhg Dato' Rahim (Penaung)
- Ucapan Yang Amat Bbhg Datin Seri Hajjah Fatimah Taat
- Majlis Ramah Mesra & Jamuan
12.30 T/Hari - Yang Amat Bbhg Datin Seri Hajjah Fatimah Taat meninggalkan majlis
kerana menghadiri majlis di lokasi lain.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan & puan-puan akan menyerikan lagi majlis ini.
Wassalam
at
Friday, October 17, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
at
Thursday, October 16, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
at
Monday, October 13, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
http://rumah-budimulia.blogspot.com/
Rasa nya belum terlambat bagi kami untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua penyumbang dan pembaca yang budiman.Masih didalam suasana dan kecerian Aidilfitri.Walau Ramadan baru berlalu tapi kehangatan nya masih terasa.Kami diBudimulia,bulan Ramadan dijalani seperti biasa.Aktiviti harian yang agak ringgan saja dijalankan.
Ramai para budiman yang membawa anak-anak ini berbuka puasa ditempat mereka.Ada juga membuat majlis berbuka puasa dirumah budimulia sendiri.Seronok melihat mereka berbuka puasa dengan juadah yang menyelerakan.Kepenatan berpuasa hilang apabila menerima layanan yang istimewa dari tuan rumah.Walau pun kekeyangan sembahyang terawih dan tadarus tidak diabaikan oleh anak-anak ini.
Suasana bersahur dirumah Budimulia agak riuh(bising) maklumlah anak-anak ini sedang lena tidur dikejut oleh abang-abang.Ada yang makan nasi dengan mata terpejam.Alhamdulillah walau macamana pun semua anak-anak ini berpuasa penuh.
Seperti anak-anak diluar sana, mereka juga dibelikan baju-baju raya.Terima kasih kepada Jabatan Perhutanan yang membelikan mereka baju melayu/kurung, samping,tudung dan songkok.Tidak lupa juga pada Hj mustaffa,Hj Nizam,para pelajar-pelajar Uitm (Sri Iskandar)yang sudi membelikan mereka pakaian untuk mereka pakai dihari raya.Melihat kecerian diwajah mereka,kami tumpang gembira.
Kepada semua penderma dan penyumbang Kami bagi pihak Budimulia merakamkan ribuan terimakasih diatas keperhatinan tuan puan. Hanya Allah saja yang akan membalas nya.
Pada 28 Ramadan sehari sebelum mereka pulang kekampung,kami telah mengadakan majlis khatam Al-quran untuk anak-anak yang terlibat dengan tadarus.Majlis ini dihadiri oleh jemaah surau dan penghuni Budimulia.Mereka diraikan penuh meriah dan diberi cenderahati serta bunga telur.Terima kasih kepada tuan Adam diatas juadah malam itu.
Kini hari raya telah pun tiba.anak-anak ini diraikan pula dengan jemputan rumah terbuka.Banyak jemputan diterima.Lemang ,ketupat bersama rendang pula membuka selera.
Ditengah kemeriahan hari raya,empat anak-anak di Budimulia terpaksa melupakan nya sekejap kerana hari ini mereka menduduki peperiksaan PMR. Kepada Aidil, Arif, Ramadan dan Mastura, hadapi lah dengan tenang serta berhati-hati menjawab soalan.Kami sentiasa mendoakan kamu semua berjaya dan mendapat keputusan cemerlang.
at
Sunday, June 15, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
at
Sunday, June 15, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
at
Wednesday, May 21, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda
at
Wednesday, May 21, 2008
Posted by
Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda