Spiga

Aktiviti Pembelajaran Anak-anak Budi Mulia.....

Pada 17.12.08, kami telah mendaftarkan anak-anak kami mengikuti kelas Smart Reader. Ini kerana kami menyedari bahawa anak-anak kami lemah dalam pelajaran. Masalah yang kami sedari ialah pelajar sekolah menengah pun masih belum boleh membaca dengan lancar dan apabila disoal sifir mudah juga tidak dapat menjawab dengan betul. Apatah lagi pelajar sekolah rendah.


Setelah selama sebulan lebih mereka mengikuti kelas Smart Reader, kami dapat melihat perubahan demi perubahan yang positif dalam pelajaran mereka. Kini mereka sudah boleh membaca dan menghafal sifir yang mudah dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Yang lebih mengembirakan kami apabila melihat mereka telah menunjukkan minat untuk belajar. Tidak seperti sebelum ini, untuk menyiapkan kerja rumah juga perlu disuruh terlebih dahulu. Sekarang mereka sudah faham tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan masing-masing bersaing sesama mereka untuk memajukan diri dalam pelajaran.


Disamping itu, ada juga guru-guru yang datang untuk mengajar mereka di rumah pada waktu malam sebanyak 3kali dalam seminggu. Selain itu, kami juga menghantar anak-anak kami yang akan menduduki UPSR dan PMR ke 2 kelas tuisyen yang berasingan. Ini kerana kami mahu memberi mereka persediaan peperiksaan yang mencukupi selain usaha mereka sendiri. Pada waktu pagi, pelajar sekolah petang akan megikuti kelas agama sebelum ke sekolah manakala pelajar sekolah pagi pula akan megikuti kelas mengaji pada sebelah petang. Seperti biasa, setiap malam anak-anak kami akan duduk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran masing-masing dari jam 9 mlm hingga 10.30 mlm.




Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri - 19 Syawal 1429

Majlis ramah mesra Aidilfitri bersama anak-anak yatim telah berjalan dengan lancar. Ketibaan Datin Seri Hajjah Fatimah Taat telah disambut dengan paluan Hadrah oleh anak-anak Budimulia Nurul huda.

Diserikan lagi dengan persembahan nasyid anak-anak didik Budimulia. Hadir bersama dimajlis itu,Penaung Rumah Budimulia Nurulhuda Dato'Rahim serta isteri. Penyumbang dan penduduk kampung turut meriahkan majlis dihujung minggu ini.

Image hosted by Large Image HostImage hosted by Large Image Host
Image hosted by Large Image HostImage hosted by Large Image Host
Image hosted by Large Image HostImage hosted by Large Image Host
Image hosted by Large Image HostImage hosted by Large Image Host
Image hosted by Large Image HostImage hosted by Large Image Host
Image hosted by Large Image HostImage hosted by Large Image Host

Jemputan Ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Assalamualaikum W.B.T.

Kami Warga Budi Mulia Nurul Huda dengan berbesar hati ingin menjemput tuan-tuan, puan-puan serta para penyumbang dan pengunjung blog Rumah Budimulia ke Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Bersama Anak-anak Yatim

Tarikh : Ahad, 19hb Oktober 2008 bersamaan 19 Syawal, 1429
Masa : 9.45 Pagi - petang
Tempat : Rumah Budi Mulia Nurul Huda
Alamat : Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak
Telefon : 016-568 2465 & 016-591 5980
Turut mengundang : Seisi keluarga

http://rumah-budimulia.blogspot.com/2008/05/petunjuk-jalan.html

Aturcara Majlis

9.45 Pagi - Anak-anak mengambil tempat

10.00 Pagi - Ketibaan Para Jemputan

10.30 Pagi - Ketibaan Yang Amat Bbhg Datin Seri Hajjah Fatimah Taat
(Isteri MB Perak)

10.40 Pagi - Bacaan Doa
- Ucapan YBhg Dato' Rahim (Penaung)
- Ucapan Yang Amat Bbhg Datin Seri Hajjah Fatimah Taat
- Majlis Ramah Mesra & Jamuan

12.30 T/Hari - Yang Amat Bbhg Datin Seri Hajjah Fatimah Taat meninggalkan majlis
kerana menghadiri majlis di lokasi lain.


Semoga dengan kehadiran tuan-tuan & puan-puan akan menyerikan lagi majlis ini.

Wassalam